Sebaik pulang kerja pembaca bolehlah terus memasak juadah berasaskan ikan air tawar ini.
Talapia Berserai
Bahan:
1 ekor ikan talapia
1 ulas bawang besar
4 batang serai
10 bawang putih
6 sm halia dan lengkuas
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar rempah
3 sudu besar cili kering
4 sudu besar sos cili
sedikit perencah sup
gula dan garam secukup rasa
Cara:
Bersihkan ikan, digoreng dan ketepikan. Semua bahan dikisar halus dan ditumis dan diperasakan. Kemudian dituang atas ikan talapia yang digoreng tadi dan siap untuk
dihidangkan.