MASAKAN tiga rasa sebenarnya berasal dari Thailand. Rasa masakan ringkas ini bergantung sepenuhnya kepada kemahiran penggunaan garam dan gula anda. Resipi ini sebenarnya amat sesuai untuk masakan ikan dan makanan laut. Malah, lebih menyelerakan jika ia dihidangkan bersama dengan nasi panas. Bahan-bahan: 2 ekor sotong saiz sederhana - dipotong membulat 20 ekor udang saiz sederhana 200 gm isi kerang 200 gm isi kupang 2 biji bawang besar – dicincang 3 ulas bawang putih – dihiris halus 5 biji cili padi – dicincang 4 tangkai cili merah – dibuang biji dan dicincang Bunga kobis, kacang buncis dan jagung manis 2 sudu besar cuka 5 sudu besar sos Thai Maggi Garam dan gula secukup rasa Minyak masak Cara-cara: Panaskan minyak dalam kuali. Goreng seafood untuk mengeluarkan airnya. Angkat dan ketepikan. Gunakan minyak dan kuali yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi. Masukkan cili padi dan cili merah. Kacau sebentar. Masukkan sayuran dan sedikit air. Biarkan sayuran masak sedikit. Masukkan cuka dan sos Thai. Masukkan seafood yang telah digoreng tadi. Perlahankan api dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.