Jika anda inginkan citarasa yang berbeza, apa kata cubalah cara masak halia pula.
Bahan-bahan:
15 biji telur puyuh - direbus dan dibuang kulit
2 sm halia - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
3 tangkai cili merah - dihiris
2 tangkai cili hijau - dihiris
1 sudu kecil sos tiram
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Tumiskan halia dan bawang besar sehingga naik bau.
Masukkan cili merah, cili hijau dan sos tiram.
Kacau sehingga rata.
Masukkan telur puyuh dan biarkan selama 10 minit.
Masukkan pula garam dan dikacau rata.
Bolehlah dihidangkan.