suria

200 Sajian Ramadan Impiana KLCC

BERTEMAKAN 'Delicious Dining Spread', Tonka Bean Cafe, Hotel Impiana KLCC, menyajikan lebih 200 jenis juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Menariknya, pengunjung boleh menikmati menu terbaharu iaitu sup gear box yang dihidangkan khas sempena bulan yang mulia ini.

Tonka Bean Cafe turut menyediakan sajian ala Melayu yang dimasak khas oleh Chef Ali.

Sup gear box.


Antara sajian yang pastinya mencuri tumpuan adalah Belinjau, Salmon Gravalax, Tiram, Ayam Shawarma, Kepak Ayam Panggang Madu, Ikan bakar dengan Sos Bumbu, Cencaru Sumbat, Kerabu Mangga dan Sotong serta Tauhu Bakar.

Satu lagi keistimewaan berbuka puasa di kafe ini adalah pengunjung boleh menikmati jus tebu segar selain buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, pisang emas, cempedak dan manggis.

Bagi penggemar ais krim terutama Baskin Robbins, terdapat 18 jenis perisa yang menanti anda semua. 

Ais krim Baskin Robins.

Pastinya, anda mungkin sukar membuat pilihan untuk menikmati perisa yang ditawarkan kerana hampir kesemuanya menyelerakan.

Harga promosi bufet ini amat berpatutan bagi mereka yang mementingkan sesuatu yang berbaloi dengan wang ringgit anda.

Promosi ini berharga RM118 untuk dewasa manakala RM50 bagi kanak-kanak. 

Sajian pencuci mulut.

Lebih istimewa, kanak-kanak berumur dibawah enam tahun dibenarkan untuk menikmati juadah ini secara percuma.

Jika anda pengunjung ke-5000 pertama, anda berpeluang mendapat baucar pembelian RM10 untuk barangan HIJAB2GO (HIJAB2GO.com) yang sesuai untuk semua wanita.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi 03-21471111, sambungan 3034 atau 3035 /3320 dan layari www.impiana.com.

Artikel Sebelum

Talapia Berserai

Artikel Lain