suria

Agar-Agar Gula Merah

AGAR-agar sangat popular di Asia sebagai makanan sihat kerana mengandungi serat dan kalori yang rendah.

Kandungan serat yang tinggi membantu melancarkan penghadaman dan perkumuhan.

Kepelbagaian agar-agar pada hari ini menjadikan ia sebagai hidangan pencuci mulut wajib ada semasa berbuka puasa.

Jika inginkan sedikit kelainan, apa kata cuba resipi ini.


Bahan-bahan:

1 paket agar-agar kering (20gram)

1 cawan santan(lebih kurang 300 ml)

10 ml susu cair

Gula merah & 6 sudu gula putih (masak bersama 700ml air)

1 helai daun pandan

Secubit garam


Cara-cara:

Masak agar-agar hingga larut di dalam periuk.

Kemudian dalam periuk berasingan, masak gula merah dan gula putih hingga larut bersama daun pandan.

Selepas itu, tapis gula dan masukkan ke dlm periuk berisi agar-agar.

Dalam mangku, kacau santan dan susu cair bersama secubit garam hingga berbuih

Kemudian masukkan ke dlm periuk berisi agar-agar, biarkan hingga mendidih.

Tutup api dan tapiskan ke dalam loyang. Biar sejuk seketika, selepas itu baharulah masukkan ke dalam peti sejuk.

agar-agar gula merah

Artikel Sebelum

Talapia Berserai

Artikel Lain