Jika inginkan gaya masakan yang mudah dan cepat, apa kata cuba resipi ayam goreng serai.
Selain rasa yang enak, penggunaan serai pastinya menaikkan lagi aroma ayam goreng itu.
Bahan-bahan:
10 ketul paha ayam
4 ulas bawang putih - ditumbuk
2 cm halia - ditumbuk
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar perahan air limau nipis
5 batang serai - dititik
minyak
garam secukupnya
1 tangkai daun kari
Cara-cara:
Gaulkan bahan yang ditumbuk, serai yang dititik, air perahan limau nipis serta garam bersama ayam dan perapkan selama 1 jam.
Taburkan tepung beras ke atas ayam yang tela diperap.
Panaskan minyak dalam kuali dan goteng ayam hingga masak.
Taburkan daun kari dan kacau.
Angkat dan hidangkan.