Popiah terdiri dari pelbagai jenis, antaranya Popiah Kering, Popiah Sambal Pedas, Popiah Tomyam, Popiah Nestum dan Popiah Serunding.
Di Malaysia, inti popiah diperbuat daripada beberapa bahan sayur-sayuran sebelum diisi sos untuk bersama udang kering sebagai penambah selera.Bahan Utama:
Beberapa keping kulit popiah basah
Bahan Inti:
50 gm tauge (dicelur)
50 gm lobak merah/wortel (dihiris halus)
50 gm sengkuang/bengkuang (dihiris halus)
50 gm buah timun (dihiris halus)
50 gm kacang panjang (dihiris halus)
50 gm udang kering/ebi (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 sudu makan sos tiram
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Sambal/Sos:
5 biji cili/cabai merah (dikisar/dihaluskan)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 ulas/siung bawang putih (dikisar)
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan cuka
garam & gula secukupnya
sedikit air
minyak untuk menumis
Cara-cara:
Untuk bahan inti; Panaskan minyak dan tumis bahan kisar kemudian masukkan sos tiram. Aduk rata hingga naik bau.
Masukkan lobak merah, kacang panjang, tauge. Aduk rata. Kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk bahan sambal/sos; Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar, kicap manis, garam dan gula secukup rasa, dan tambahkan cuka & sedikit air, Aduk/kacau rata. Angkat, ketepikan.
Seterusnya, ambil kulit popiah, dan sapukan/oleskan dengan sedikit sambal/sos tadi dan letakkan bahan inti/isi bersama hirisan sengkuang dan timun.
Kemudian gulung dan kemas/rapikan.
Sedia untuk dihidangkan bersama sambal/sosnya.