Rendang Telur Rebus
Bahan:
6 biji telur rebus
1 1/2 biji kelapa
2 kiub pati ikan bilis
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Minyak masak
Bahan kisar:
10 ulas cili merah - dibuang biji
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sm halia
1 batang serai
Cara:
Perah kelapa dan ambil enam gelas santan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar, masukkan santan, kiub pati ikan bilis, asam gelugor dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan telur rebus, garam secukupnya dan masak hingga pekat.