suria

Tempe Goreng Bersambal Dengan Ikan Bilis

BAGI penggemar tempe, pastinya menu ini sesuai disajikan khas untuk keluarga tercinta.

Bukan saja mudah dan ringkas, hidangan ini mampu membangkitkan selera sesiapa saja,

Ia bukan saja sedap dimakan bersama nasi putih tetapi cubala nikmati ia bersama roti, rasanya enak tidak terkata.


Bahan bahan:


Segenggam ikan bilis - goreng rangup

1 keping tempe - potong kecil dan goreng rangup

10 cili kering - kisar

5-6 ulas bawang merah - tumbuk kasar

1 biji kentang - potong kecil

Garam

Gula


Cara-cara:


Selepas menggoreng ikan bilis, angkat dan ketepikan. 

Goreng pula tempe, angkat dan ketepikan. 

Menggunakan minyak yang sama, tumis cili kisar sehingga cili masak dengan api perlahan. 

Selepas cili masak, masukkan bawang merah yang ditumbuk. 

Kacau rata dan masukkan sedikit air. Masak lagi sehingga ianya terbit minyak.

Masukkan garam dan gula. Padamkan api dan kemudian tuangkan ikan bilis dan tempe goreng. 

Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.


Artikel Sebelum

Stew Ayam

Artikel Berikut

Kerabu Kobis

Artikel Lain