Sotong Masak Cendawan
Bahan:
1 kg sotong (dibersihkan dibuang kepala dan dibelah memanjang di tengah2)
1 mangkuk cendawan tiram (dihiris)
1 biji lada benggala (dipotong dadu)1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicincang) 1 mangkuk stok ayam
2 sudu tepung jagung (dicairkan dengan sedikit air masak)
sedikit lada hitam
sedikit garam
Cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga naik bau. Masukkan sotong dan cendawan lalu biarkan masak dengan api sederhana. Apabila mula masak, masukkan stok ayam dan tepung jagung. Biarkan kuah memekat seketika. Perlahankan api dan masukkan lada benggala dan biarkan masak. Akhir sekali masukkan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa.