suria

Apple Crumble

PADA minggu terakhir bulan Ramadan, pastinya ada yang menginginkan hidangan pencuci mulut ala Barat.

Dinikmati selepas menjamu hidangan berat, apple crumble pastinya menepati selera anda dan digemari dikalangan kanak-kanak.


Bahan-bahan:


1/2 biji epal merah didadu

3-4 sudu besar gula perang

1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis

1.5 sudu besar mentega

2 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar kekacang dicincang


Cara-cara:

Gaulkan epal dengan gula perang dan serbuk kulit kayu manis.

Masukkan campuran epal tadi ke dalam bekas tahan panas.

Dalam satu mangkuk, gaulkan mentega, tepung & kekacang sehingga menyerupai tekstur serbuk roti.

Taburkan campuran tepung tadi di atas lapisan epal di dalam bekas. Tidak perlu ditekan, cukup sekadar menutupi keseluruhan permukaan epal.

Panaskan ketuhar pada suhu 180' C. 

Setelah panas, bakar selama 15-20 minit, sehingga permukaan atas (crumble) kelihatan perang.

Jika inginkan kelainan, letak 1 cedok aiskrim kegemaran di atasnya.

apple crumble

Artikel Sebelum

Udang Pelbagai Rasa

Artikel Berikut

Artikel Lain