RAMADAN adalah bulan yang paling terkenal dengan bubur lambuk dan kebanyakkan bubur lambuk diedarkan percuma. Ada juga bubur lambuk yang dijual dipasar pasar Ramadan dengan pelbagai bahan dan citarasa. Pada yang tidak berkesempatan untuk membeli kerana jadual kerja yang padat bolehlah mencuba sendiri dirumah. Bubur Daging Bahan: 2 cawan beras 300 gm daging - dicincang halus 2 sm halia - dihiris 1 batang serai - diketuk 2 biji kentang - dipotong dadu 1⁄2 batang lobang merah - dipotong dadu 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus 1 cawan santan garam secukup rasa air secukupnya Bahan Tumis: 2 sudu besar minyak masak 3 biji bwg merah - dihiris 2 ulas bawang putih - dihiris sedikit halia - dihiris Bahan Hiasan: daun sup secukupnya - dihiris daun bawang secukupnya - dihiris bawang goreng Cara: Campurkan beras, daging, halia dan serai bersama air secukupnya dan masak hingga beras hancur dan daging empuk.Masukkan kentang bersama lobak merah, lada hitam,garam dan santan. kacau rata dan masak sehingga semuanya lembut. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis sehingga wangi. Masukkan bahan yg ditumis tadi kedalam bubur dan kacau rata. Biarkan seketika kemudian angkat serta taburkan bahan hiasan.Siap untuk hidangan.