Bagi yang mahukan kelainan, apa kata sediakan kerabu udang untuk berbuka nanti.
Kerabu Udang
Bahan:
600 gm udang - dibelah belakang
500 gm taugeh
3 biji cili hijau - dipotong memanjang
5 batang serai dihiris nipis
100 gm cili padi - dihiris nipis
10 gm daun ketumbar - dihiris nipis
3 biji limau nipis - diperah jus
1 biji tomato
10 gm sambal belacan
sedikit sos ikan
Cara:
Udang dan taugeh dicelur sekejap. Toskan. Gaulkan dengan bahan yang dipotong dan hiris , campurkan jus limau , sambal belacan, sos ikan dan garam secukupnya hingga rata.