Banyak variasi menu kerang yang boleh dicuba untuk menu berbuka puasa anda seisi keluarga. Salah satunya adalah kerang merah ala Thai.
Bahan-bahan:
2 kg kerang - direbus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 camca besar cili kisar
2 camca besar sos tiram
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos ikan
Garam dan gula secukup rasa (tak letak garam sebab sos ikan dah masin)
Sedikit air
Hirisan daun ketumbar
Hirisan cili - untuk hiasan
Cara membuatnya:
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan, kacau rata.
Masukkan isi kerang bersama bawang besar, kacau dan letak gula secukup rasa.
Tambah sedikit air. Masukkan hirisan daun ketumbar dan gaul rata.
Masak seketika. Matikan api. Tabur hirisan daun ketumbar yang diasingkan tadi bersama cili hiris.