JIKA berada di kampung, petik saja daun pandan yang ditanam ditepi longkang belakang rumah untuk digunakan sebagai bahan-bahan membuat agar-agar santan pandan.
Sajian pencuci mulut ini amat digemari kerana aroma daun pandan yang wangi.
Ia juga mudah dan cepat disediakan untuk tetamu yang datang ke rumah berhari raya.
Bahan-bahan:
10gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa pandan
Cara Penyediaan:
Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut.
Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.
Guna api sederhana dan kacau campuran tadi.
Tutup api dan tuang ke dalam acuan kegemaran.
Sejukkan seketika sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.