1/2 ekor ikan merah - di potong berberapa bahagian
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
sedikit kunyit hidup
2 cawan santan
sedikit belacan
sedikit garam
4 biji cili padi
1 keping asam gelugor
sedikit gula melaka
Cara-caranya:
Ketumbar, lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, belacan, gula melaka dan cili padi dimasukan didalam pengisar. Masukkan juga 1/2 cawan air dan kisar hingga halus.
Masukkan kesemua bahan yang kisar di dalam bekas kecil dan masukkan juga cili kisar, kacau sebati.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tadi hingga naik bau, setelah agak mereneh masukkan pula santan, kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
Setelah mereneh masukkan pula ikan merah, kacau perlahan, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.
Akhir sekali masukan 1 keping asam gelugor dan setelah ikan masak dan semuanya sebati, tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.