BOSAN dengan nasi putih untuk dinikmati bersama juadah berbuka puasa anda, apa kata cuba resipi nasi penanggah. Ia pastinya membuka selera seisi keluarga anda.
BAHAN-BAHAN
3 cawan beras Basmathi
2 cawan air
1 ½ cawan susu segar
2 helai daun bay
Gula dan garam
3 biji tomato-belah empat
BAHAN TUMIS
2 labu bawang besar-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
5 kuntum bunga cengkih
3 cm halia
4 sudu besar minyak sapi
CARA MENYEDIAKAN
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumis sehingga separuh garing.
2. Tuangkan air dan susu. Masukkan daun bay.
3. Biarkan mendidih.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Tuangkan beras. Tanak seperti biasa dan air sekali masukkan tomato.
PESAN SAJI: Daun bay boleh digantikan dengan daun pandan.