ANAK anda tidak gemarkan pencuci mulut, apa kata sediakan resipi puding lut sinar ini. Warnanya mampu memikat hati si kecil untuk menikmati juadah berbuka puasa itu.
1 tin susu cair
2 cawan air
15 gm agar-agar serbuk
1 cawan gula
Pewarna hijau
BAHAN B
2 ketul gula Melaka
1/2 cawan gula
15 gm agar-agar serbuk
5 cawan air
CARA MENYEDIAKAN
1. Mulanya kita satukan semua bahan A dan didihkan.
2. Tuangkan dalam loyang dan biarkan ia keras. Adunan ini sebaiknya biar keras sedikit.
3. Kemudian masak semua bahan B dan biarkan gula Melaka larut.
4. Potong adunan hijau dan masukkan dalam loyang. Ia tidak perlu disusun dan sebaiknya dipotong besar.
5. Tuangkan adunan B dan biarkan ia keras.