suria

Kepelbagaian Kerabu Meriahkan Rasa Warisan Hotel Istana

Nasi kerabu istimewa.
DENGAN mengangkat tema Rasa Warisan pada Ramadan kali ini Hotel Istana menyajikan lebih 10 jenis kerabu sebagai hidangan istimewa untuk berbuka puasa.

Ia terdiri daripada kerabu daging tomato, kerabu sotong dengan bunga kantan, kerabu kacang botol bercampur udang Kering, nyiloh perut, lawar jantung pisang, kerabu mangga muda, kerabu nangka muda, kerabu isi ketam, kerabu udang, kerabu pucuk paku dan kerabu pegaga.

Dalam pada itu, Ketua Chef, Al Fitri Al Bakri berkata, bufet Ramadan tersebut turut menyajikan masakan India, Cina, Portugis dan Arab untuk pengunjung pada bulan puasa ini.


Chef Al Fitri Al Bakri


Bagi penggemar masakan Cina, beberapa menu menarik seperti popia sayur goreng, yam dumplings, crab meat bean curd, wantan goreng, kek ikan bersalut bijan dan penyepit ketam.

Selain itu, makanan Arab pasti menjadi pilihan bagi yang mahu kelainan antaranya nasi Arab ayam dan daging, ayam shawarma, kambing kofta, ayam shish tawook, kebab kambing, nasi briyani Johor dan nasi briyani Pakistan.

Sementara itu, makanan popular masyarakat Malaysia seperti char kuey teow dan sate turut disajikan sebagai sajian pilihan pelanggan.

Kari kepala ikan.

Bagi pengemar mee, Hotel Istana juga menyediakan sebuah gerai khas untuk makanan berasaskan mee seperti bakso, mee kuning sup Kedah, choy po dan sajian tetap bubur lambuk.

Sebagai pencuci mulut pula, bahagian menempatkan pelbagai jenis jeruk buah-buahan seperti jambu batu, nangka, betik, mangga muda, cermai dan kedondong turut disediakan.

Bagi promosi Ramadan ini harga yang ditawarkan RM135 seorang bagi minggu pertama dan minggu terakhir Ramadan, manakala RM150 seorang pada minggu kedua dan ketiga bulan itu.

Ramadan, Jamu Selera, Hotel Istana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain