suria

Bubur Syria

ADA masa dan ketikanya kita kurang berselera untuk berbuka dengan nasi dan lauk-pauk yang sudah terhidang. Jika anda menghadapi masalah ini, semangkuk kecil Bubur Syria mungkin dapat membuka selera!

Bahan-Bahan

1 cawan beras
3 cawan daging kisar
½ paket kecil serbuk kari
1 biji sup bunjut
3 kiub pati ayam
1 cawan bawang goreng
1 cawan hiris campuran daun bawang dan sup
2 cawan jagung biji
1 cawan saderi cincang kasar
2 cawan lobak merah potong dadu
3 cubit serbuk lada hitam
2 cawan bawang besar cincang
3 sudu besar halia tumbuk
2 cawan kentang dadu kecil
Garam 
1 cawan minyak sapi

Cara Penyediaan

1. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi. Kalau tak ada minyak sapi gunakan saja apa jenis minyak ayang ada di dapur tu.
2. Tumiskan bawang merah dan halia sampai garing.
3. Masukkan daging cincang bersama serbuk kari. Tumis sehingga daging kisar kecut.
4. Tuangkan air, ikutlah satu jag pun boleh. Kemudian masukkan beras yang dah dicuci, sup bunjut dan kiub pati ayam.
5. Rebus sehingga nasi separuh kembang. Ikut kalau anda suka kembang boleh juga. 
6. Air boleh ditambah jika nasi belum kembang. Setelah nasi separuh kembang, masukkan lobak, kentang, saderi, jagung. Biarkan semuanya empuk. Janganlah sampai sayuran jadi benyek. Biar sekadar empuk.
7. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
8. Setelah api dimatikan taburkan daun bawang dan bawang goreng.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan