suria

Kambing Kebuli Menu Rasmi Iftar SACC

BERTEMAKAN Nikmat Iftar, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) meneruskan tradisi tahunan kemeriahan Bufet Ramadan 2015 dengan menawarkan sebanyak 120 hidangan masakan nusantara.

Pengarah Operasi, Nasrudin Abu Bakar berkata, SACC menyediakan hidangan masakan ala nusantara dengan menu popular beberapa negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, singapura dan Brunei.

"Pada tahun ini kami akan mengetengah sebanyak 120 masakan popular di rantau ini. Salah satu hidangan istimewa  tahun ini ialah nasi kambing kebuli yang mempunyai persamaan dengan nasi briyani.

Daging dendeng

"Ia disediakan dengan menggunakan stok kambing, susu, minyak sapi dan pelbagai rempah ratus.

"Masakan ini berasal daripada Timur Tengah dan biasanya dihidangkan ketika menyambut Maulidur Rasul. SACC berusaha untuk membawa budaya ini kepada masyarakat setempat dan ternyata disambut baik setiap kali kedatangan Ramadan," ujarnya.

Kepala ikan merah Padang Lampong.

Selain itu, menu yang mendapat sambutan tahun lalu iaitu sup periuk akan turut dihidangkan untuk menu Ramadan kali ini.

Kelazatannya boleh dirasai melalui setiap hirupan sup ini kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan rempah-ratus bersama ayam, daging, kambing, bahagian ekor dan tulang di dalam satu periuk.

Sayur goreng Jawa

Selain itu, beberapa makanan istimewa seperti daging dendeng, sayur goreng jawa, tongseng kambing Solo dan kepala ikan merah Padang Lampong dijangka mendapat sambutan.

Harga sebanyak RM88 seorang bagi dewasa dan RM44 seorang bagi kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun.

Sementara itu, bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat bermula pada harga RM75 seorang dengan jumlah tetamu minima 80 orang.


Soalan dan slogan minggu ini seperti berikut:

1. Nyatakan tema yang diketengahkan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) untuk bufet Ramadan kali ini?

2. Nyatakan menu rasmi yang sentiasa dinanti-nantikan pengunjung ketika berbuka puasa di SACC.

3. Sila lengkapkan slogan ini berikut: Saya layak memenangi baucar berbuka puasa di SACC kerana.......(tidak lebih 10 patah perkataan).


KUIZ RAMADAN SACC-mSTAR

Cara menyertai:

1 Jawab kedua-dua soalan yang dikemukakan pada setiap minggu.

2. Lengkapkan slogan yang disertakan di bahagian komen di bawah artikel menggunakan akaun Facebook anda.

3. LIKE Facebook SACC ( https://www.facebook.com/SACCofficialnew )

4. LIKE Facebook mStar ( https://www.facebook.com/mstardotcomdotmy )

5. Jika jawapan dan slogan anda menarik perhatian juri, kami akan menghubungi anda menerusi Facebook pada hujung minggu.




SACC, kambing kebuli

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan