BAHAN-BAHAN:
½ ekor ikan salmon
½ biji lemon-perah
Garam
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
Gula dan garam
Minyak
KUAH KISAR:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
3 sudu besar serbuk kerutuk
4 sudu besar sos tomato
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan garam dan gula.
3. Tuangkan santan dan biarkan mendidih sehingga pekat. Masukkan pula kerisik.
4. Masukkan gula dan garam.
5. Perahkan lemon pada salmon dan taburkan sedikit garam.
6. Bungkus dengan gulungan aluminium dan kukus 10 minit sahaja.
7. Tuangkan kuah kerutuk.