PEMBUKA selera yang tepat untuk sesiapa yang gemarkan sayur-sayuran dan kuah kacang. Sememangnya pecal suatu hidangan yang boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja dan boleh dimakan berulang. Bahan Kuah Pecel: 1 kg kacang tanah – digoreng dan ditumbuk halus 300 gm cili kering 2 inci belacan 10 biji isi kencur @ cekur 10 ulas bawang putih 5 labu bawang merah 1 sudu asam jawa Gula dan garam 1/2 cawan minyak masak Cara : Goreng cili kering, belacan, bawang putih dan bawang merah. Tumbuk halus bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Gaulkan dengan kacang tanah bersama asam jawa, gula dan garam serta isi kencur @ cekur yang telah ditumbuk halus. Bancuh dengan menggunakan air panas untuk dihidangkan. Sayur-sayuran: 200 gm kacang panjang – direbus dan dipotong 2 inci panjang 3 keping tauhu – digoreng dan dipotong dadu 200gm taugeh – dicelur 1 biji timun – disagat 1/3 biji sengkuang – disagat 1 ikat pucuk ubi – dicelur Disediakan oleh: Riverstone Resort