BAGI anda yang menitikberatkan makanan berkhasiat di sepanjang bulan Ramadan, apa kata cuba resipi salad pudina cili hijau. Ia sesuai untuk membangkitkan selera anda sebelum menikmati makanan yang lebih berat.
BAHAN KISAR:
1 cawan daun pudina
6 tangkai cili hijau
Garam dan gula
Sedikit air masak
BAHAN SALAD:
1 biji timun-buang biji
3 biji tomato-buang biji
2 potong nanas
1 labu bawang besar-potong dadu
Sedikit daun pudina
1 biji lada benggala merah-potong dadu
2 sudu besar minyak jagung atau minyak zaitun
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan dengan bahan kisar dan gaul sebati.
2. Semua dimakan dengan semua jenis nasi di atas.