MEMASUKI minggu kedua kuiz untuk memenangi baucer Nikmat Iftar di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), kali ini pembaca mStar Online hanya perlu meneliti resipi Kambing Kebuli yang diketengahkan dan menjawab dua soalan serta lengkapkan slogan yang diberi. Hidangan ini digemari ramai pelanggan yang berbuka puasa di SACC setiap tahun dan kali ini, mStar Online berkesempatan untuk berkongsi resipi istimewa ini. Bahan (sukatan mengikut kesesuaian): Bawang putih, halia, serai, jintan manis, jintan putih, serbuk sumak, serbuk cili, serbuk kunyit, paprika, lada hitam, garam dan madu. Caranya: Kisar semua bahan dan perapkan pada kambing semalaman sebelum dipanggang. Soalan minggu ini adalah seperti berikut: 1. Resipi istimewa ini menjadi sajian iftar utama di mana? 2. Bagi menghasilkan menu lazat ini, kambing perlu dipanggang selepas diperap semalaman atau seharian? 3. Lengkapkan slogan berikut: Saya layak memenangi baucer Nikmat Iftar SACC kerana...... (tidak melebihi 10 perkataan) KUIZ RAMADAN SACC-mSTAR Cara menyertai: 1 Jawab kedua-dua soalan yang dikemukakan pada setiap minggu. 2. Lengkapkan slogan yang disertakan di bahagian komen di bawah artikel menggunakan akaun Facebook anda. 3. LIKE Facebook SACC ( https://www.facebook.com/SACCofficialnew ) 4. LIKE Facebook mStar ( https://www.facebook.com/mstardotcomdotmy ) 5. Jika jawapan dan slogan anda menarik perhatian juri, kami akan menghubungi anda menerusi Facebook pada hujung minggu.