suria

Jom Serbu Bufet Bajet RM19.90

Antara penyanyi jemputan di buffet bajet ramadan.

MUNGKIN jarang kita mendengar bufet Ramadan dengan harga yang begitu murah, sedangkan restoran ataupun hotel masih lagi bersaing antara satu sama lain dengan tawaran yang istimewa mencecah lebih RM100 seorang.

Namun ia bukan sesuatu yang mustahil kerana di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa adanya tawaran ‘Bufet Bajet” sepanjang Ramadan ini dengan kadar hanya RM19.90 sahaja seorang.

Menurut Chef Selebriti, Chef Yang Jamil, bufet Ramadan tersebut memfokuskan kepada konsep amal jariah dan menyediakan lebih 30 jenis makanan.

Chef Yang Jamil.

“Sebenarnya bufet yang ditawarkan lebih kepada mengikut kemampuan orang ramai dan kami juga akan mengambil 50 sen dari jumlah RM19.90 untuk disumbangkan kepada anak yatim.

“Walaupun namanya bajet namun kami menghidangkan pelbagai aneka masakan tradisional seperti masak lemak cili api, asam pedas daging, pelbagai jenis kerabu dan juga beraneka bubur,” katanya.

Menurut Chef Yang Jamil, lokasi Buffet Bajet yang diadakan di dewan berkenaan boleh mampu menampung sehingga 1,200 pengunjung.

Antara menu popular, masak lemak cili api.

Kemudahan parkir juga disediakan dan tiada masalah buat tetamu yang datang untuk mengadakan majlis berbuka puasa disana.

Untuk pertanyaan atau tempahan boleh hubungi di talian 03-42535666, 012-3386478 (Mira) atau 019-3360114 (Q).

ramadan, chef jamil

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan