Bahan-Bahan
Ayam (whole leg)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serpih cili
1 sudu teh oregano
Serbuk kunyit
Sadur
1/2 sudu besar madu
1 susu besar sesawi kuning
1 sudu teh minyak cili
1 sudu teh sos ikan
2 sudu besar minyak zaitun
Sos
1 biji bawang besar
1 sudu besar mentega
Minyak zaitun
1 cawan krim
1 sudu besar pes *Pesto
(Pesto-proses daun selasih, biji pain, bawang putih dalam mesim proses makanan. Tambah garam, lada putih)
2 sudu besar kentang lecek
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1- Panas ketuhar ke suhu 160 darjah celcius
2- Selaputkan ayam dengan bahan-bahan kering. Goreng dalam kuali selama 30 saat.
3- Pukul bahan-bahan saduran supaya membentuk pes yang tebal.
4- Sapukan sadur menyelaputi ayam dengan berus pastri.
5- Letak ayam dalam dulang pembakar. Tutup dengan kertas aluminium. Bakar selama 2 jam.
Sos
1- Tumis bawang dengan mentega dan minyak zaitun.
2- Masukkan krim. Pukul bersama kentang lecek.
3- Letak garam secukup rasa.
4- Tutup api, gaul pes pesto ke dalam sos.
5- Tuang sos ke atas ayam. Hidang.
Resipi sumbangan Datuk Chef Fazley Yaakob, daripada buku My Sucre Story terbitan MPH.