MASAKAN ala kampung kebiasaannya menjadi hidangan kegemaran masyarakat khususnya kaum Melayu. Jadi, tidak hairanlah apabila ia dipilih sebagai menu utama beberapa hotel sempena Ramadan ini. Tidak terkecuali, Premiera Hotel Klang yang mengangkat tema 'Warisan Nusantara' menawarkan lebih 100 hidangan menu berbuka puasa.