Bahan bahan:
2 senduk tempoyak
3 atau 4 cawan air (Pastikan tidak terlalu cair)
1 biji cili merah
Segenggam cili padi merah
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam
Cara cara:
Tumbuk kasar cili merah, cili padi, kunyit hidup dan garam.
Kemudian masukkan tempoyak dan gaul rata.
Renehkan semua bahan dan ikan hingga masak.
Siap untuk dihidang.