suria

Ayam Bakar Percik Sri Kelantan Menu Istimewa Iftar Westin KL

KUALA LUMPUR: Sesiapa yang pernah mencuba atau merasai Ayam Bakar Percik Sri Kelantan pastinya tertarik dengan keunikan serta aromanya yang menyelerakan!

Anda kini tidak perlu bersusah-susah untuk ke negeri Che Siti Wan Kembang kerana makanan yang sememangnya terkenal sebagai santapan keraian istana kini boleh didapati di The Living Room Westin Kuala Lumpur.

Menurut Pengurus Dapurnya, Rudy Junaidie, bufet tahun ini agak berbeza apabila hidangan Ramadan kali ini turut mengenengahkan menu tradisional Melayu ala Kelantan iaitu Ayam Bakar Percik Sri Kelantan istimewa buat pengunjung

“Masakan Melayu kami adalah antara yang terbaik berbanding di tempat-tempat lain dan tahun ini kami di Westin memperkenalkan Ayam Bakar Percik Sri Kelantan sebagai menu istimewa yang mesti dicuba oleh pengunjung.

“Ayam Percik Bakar kami memang berbeza dengan tempat lain kerana kami di sini menggunakan rempah-rempah rahsia sebagai ramuan dalam masakan,” katanya.

Bagi sajian bufet restoran bertaraf lima bintang ini menawarkan lebih 150 menu termasuk lauk tradisional Melayu yang diberi sentuhan moden seperti Sayur Goreng Jawa, Ikan Patin Assam Tempoyak, Paru Berlada, Sambal Udang Petai Berlada, Daging Deng Deng Berlado, Lala Tumis Air Betik, dan Ekor Sapi Asam Pedas yang dihidangkan di dalam tujuh kuali besar.

Antara lain yang menjadi pilihan adalah Sambal Telur, Kari Bendi, Kobis Goreng Kunyit, Keting Kambing Bakar, Daging Kandar, Kari Kepala Ikan, Ayam Kandar & Sos Hitam.

Menu lain yang sinonim untuk berbuka puasa dan wajib anda cuba ialah Bubur lambuk Ayam, Rendang Ayam, Sayur Lodeh Telur Puyuh, Roti Kirai, Ketupat Palas, Lemang, dan Sate.

The Westin Kuala Lumpur, Ramadan

Artikel Sebelum

Kambing Golek

Artikel Lain