suria

Tarikan Hidangan Peranakan

Chef Faizal (kanan) bersama rakan setugas di Vasco's Hilton KL yang menyediakan juadah Peranakan untuk bufet Ramadan kali ini.

SELERA makan bertambah-tambah apabila hidangan Peranakan ditawarkan khusus buat bufet Ramadan di Hilton Kuala Lumpur.

Selepas mendapat maklum balas positif pelanggan, tukang masak hotel tersebut memutuskan untuk menyediakan masakan Melayu pada bulan puasa di Vasco’s.

“Masakan Peranakan adalah masakan yang unik di Malaysia dan kita gemar masakan campuran Melayu dan Cina.

“Langkah menggalakkan orang ramai menikmati masakan tempatan juga bermaksud kita menyokong produk tempatan dan meningkatkan kualiti dan rasa makanan,” kata Chef Mohd Faizal Abd Ghani.

Masakan Peranakan menggunakan bahan-bahan tempatan termasuk herba.

Untuk pencuci mulut, pelanggan suka menikmati kerabu, dan mewakili selera Peranakan adalah pai tee yang terkenal dengan tat cengkerang rangup yang mampat dengan isi sayuran dan daging.

Mohd Faizal berkata masakan Peranakan adalah sama dengan masakan Melayu, dengan nama yang berbeza.

“Ikan Pari Gerang Asam atau lebih dikenali dengan asam pedas oleh penduduk tempatan.

Apa yang membezakannya ialah masakan nyonya menambah buah keras demi menjamin kepekatan kuah,” katanya sambil menambah hidangan ini dimasak di depan pelanggan semasa menunggu untuk menikmati juadah di Vasco’s.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah udang, terung atau bendi.

Masakan Peranakan yang terkenal seperti Ayam Buah Keluak dan Ayam Pong Teh, yang sedap dimakan dengan nasi putih, juga disediakan.

Laksa Nyonya yang pekat berkrim juga harus dicuba.

Kuah yang berperisa itu diperasakan dengan mi dan penambah selera seperti telur rebus, tauge, kacang panjang dan udang.

Kambing panggang tidak rugi dicuba ketika Ramadan, dan versi di Vasco’s adalah disediakan dengan bahan perapan portugis, termasuk bahan tempatan seperti belacan dan sambal cili. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi briyani.

Selain itu, pencuci mulut Peranakan juga sangat sedap dan harus dicuba. Antara pencuci mulut yang boleh dinikmati adalah kuih ang koo, kuih lapis, seri muka dan pulut tekan.

Hidangan bufet yang dibuka sehingga 25 Jun ini berharga RM188 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Tempahan untuk 12 hingga 49 orang, harga yang diberi ialah RM160, manakala untuk lebih 50 orang, harganya adalah RM150 setiap seorang.



Vasco's, Hilton

Artikel Sebelum

Artikel Lain