HIDANGAN yang mudah untuk disediakan. Sesuai dimakan dengan nasi minyak atau ayam percik dan nasi putih.
Bahan-bahan:
1 biji timun
1/2 lobak merah
2 sudu teh halia kisar*
1 sudu teh serbuk kunyit
4 ulas bawang putih hiris nipis*
2 biji bawang besar hiris*
3 sudu besar gula @ ikut manis
6 sudu besar cuka
Garam
1/4 cawan minyak
Cara-cara:
1.Potong memanjang timun & lobak merah.
2.Panaskan minyak
3.Tumis bahan bertanda* hingga garing
4.Masukkan halia, cuka, serbuk kunyit dan gula.
5.Kemudian masukkan lobak merah, timun dan garam. Seimbangkan rasa masam masin manis ikut selera anda.
*Kredit Seri Norlie Iskandar