PUDING merupakan hidangan penutup yang digemari ramai. Antara hidangan pencuci mulut yang wajib dicuba adalah puding seriayu.
Bahan-bahan:
10gm serbuk agar-agar
3/4 cawan gula
4 cawan air
4 sudu besar tepung kastard/tepung jagung *bancuh dulu dengan sedikit air
1 tin susu cair @ 1 kotak santan kara 200ml + 1 cawan air *jadikan 2 cawan santan
3 helai daun pandan
Secubit garam
Pewarna hijau *ikut suka
Cara-cara:
- Masak air dengan serbuk agar-agar hingga mendidih. Masukkan gula, daun pandan dan kacau rata.
- Masukkan susu cair/santan. Gaul kemudian masukkan tepung kastard dan secubit garam
- Gaul sebati hingga mendidih.
- Bahagikan adunan 2 bekas. Satu untuk putih dan satu lagi warna hijau.
- Basahkan acuan seriayu. Tuang yang warna putih separuh acuan dan biarkan sedikit beku.
- Kemudian tuang adunan agar-agar yang warna hijau hingga penuh acuan. Sejukkan di dalam peti sejuk.
- Apabila dah keras/sejuk boleh keluarkan puding dari acuan. Sedia untuk dimakan.
*Kredit: Zura Zul mahn