BAGI anda yang menitikberatkan makanan berkhasiat di sepanjang bulan Ramadan, apa kata cuba resipi berasaskan salad ini.
Bahan-bahan:
1 cawan tomato *potong dadu
1 cawan carrot *potong dadu
1 cawan zucchini *potong dadu
Sebiji bawang holland * potong dadu
2 lada besar merah + hijau *potong kecil
Perahan jus lemon *ikut suka
Garam secukup rasa
Gula 1 sudu teh
3 sudu besar minyak zaiton
Daun pudina hiris halus
Cara-cara:
Satukan semua. Gaul hingga sebati kemudian hidang.
*Kredit Nurul Aziyani.