RESIPI ayam panggang ala sajian di restoran Kenny Rogers sebenarnya nampak mudah untuk dimasak. Lebih menarik kerana bahan-bahannya mudah didapati di mana-mana pasar raya. Hidangan ayam bakar ini enak dinikmati seisi keluarga terutamanya untuk berbuka puasa.
Bahan-bahan:
2 sudu besar minyak masak
2 sudu gula merah
2 sudu lada hitam(ditumbuk)
2 sudu gula putih
1 botol sos lada hitam
4 ulas bawang putih
3biji bawang besar
sedikit halia
kiub pati ayam
sedikit garam
sedikit air (untuk kisar)
Cara-cara:
- Kisar semua bahan-bahan di atas dan perap ayam selama 2 jam atau lebih. (lagi lama lagi sedap)
- Bakar pada suhu 180℃ selama selama 60 minit.
- Kuah lebihan perap ayam tadi jangan dibuang. Boleh masak semula dan tuang atas ayam bila ayam sudah masak.
*Kredit: Zihan Remy