suria

Aroma menu G Hotel bagai menggamit pengunjung

G HOTEL Kelawai menghangatkan lagi kemeriahan Ramadan dengan bufet seleksi makanan dari Pulau Mutiara.

Bertempat di Spoon Cafe, Jalan Kelawai, Pulau Pinang, ia menawarkan sembilan gerai luar yang menghidangkan pelbagai jenis makanan.

Antara yang paling menarik tentunya kaunter nasi kandar yang turut menawarkan daging masak kurma, rendang daging dan kari kepala ikan.

"Kami menggunakan kerapu atau kakap merah yang segar, kemudian dimasak dengan campuran istimewa herba, rempah dan asam, " ujar Chef Eksekutif Ong Keng Siew.

Berada di situ, anda dapat menghidu keenakan aroma dari gerai sate dan pelbagai hidangan panggang lain.

Di sebelahnya pula menempatkan stesen Panggang Feast yang menawarkan ikan pari, sotong, udang, ikan dan kerang yang dipanggang dalam daun pisang.

Menu-menu lain termasuklah nasi ayam, mee kari Nyonya Penang, Shawarma, ais kacang, cendol dan mua chi.

Selain itu, terdapat juga sup tulang, bubur lambuk, ulam-ulaman, acar dan kerabu.

Antara hidangan yang mendapat sambutan ramai ialah ayam masak madu, ketam cili, kambing varuval dan nasi hujan panas.

Anda juga boleh menikmati pencuci mulut seperti forbidden cheesecake yang dibuat daripada beras hitam yang biasanya digunakan dalam masakan diraja.

Terdapat juga kek gula Melaka, pisang goreng, kuih-muih Melayu dan tau fu fah.

Harga bufet Ramadan untuk dewasa ialah RM75 manakala untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas atas 60 tahun ditawarkan pada kadar RM40 sahaja.

Spoon Cafe turut menawarkan bufet makan malam Selamat Hari Raya pada 15 dan 16 Jun dengan harga RM105 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Untuk tempahan, hubungi G Hotel Kelawai di talian 04-2190000 atau G Hotel Gurney di talian 04-2380000.


G Hotel, Kelawai

Artikel Sebelum

Kerabu ketam

Artikel Berikut

Artikel Lain