TIDAK ramai tahu bahawa ketupat sotong adalah hidangan unik dan popular di Terengganu. Ia berbeza dengan ketupat-ketupat lain kerana beras pulut yang sudah dimasak dimasukkan ke dalam sotong. Nak tahu macam mana rasanya, apa kata cubalah resipi ini untuk menu berbuka puasa anda.
Bahan-bahan:
Beras pulut - 250 gram
Sotong saiz sederhana - 500 gram
Santan segar - 300 ml
Potongan bawang merah - 50 gram
Potongan halia - 30 gram
Satu sudu makan halba
Satu sudu teh garam
Satu sudu makan gula
Satu sudu makan tepung jagung
Cara penyediaan:
- Basuh beras pulut sehingga bersih dan rendam sekurang-kurangnya empat jam, lebih elok direndam semalaman.
- Kukus beras pulut selama 20 minit sehingga hampir masak.
- Bersihkan sotong
- Apabila pulut sudah sejuk, basahkan tangan sedikit dan bentukkan dalam bentuk bebola kecil.
- Masukkan kepalan pulut berkenaan ke dalam sotong sehingga 3/4 penuh.
- Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali gula, garam dan tepung jagung.
- Masukkan air jika perlu untuk memastikan sotong tenggelam sekurang-kurangnya 3/4.
- Apabila mendidih, perlahankan api.
- Tambah garam dan gula untuk melaraskan rasa.
*Kredit: Pullman Hotels & Resorts.