suria

Gulai ayam nangka muda

SEBENARNYA ramai yang menggemari masakan gulai nangka namun menganggap ia sukar untuk dimasak. Ia ternyata tidak benar dan berikut merupakan resepi mudah untuk menghasilkannya.

(Hidangan untuk 10 orang) 

600 gram nangka muda, dikupas dan dipotong bentuk kiub.
120 gram daun bawang
120 gram bawang Bombay
40 gram bawang putih
190 mililiter minyak masak
190 gram rempah gulai (boleh dibeli di pasaraya)
2 sudu serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang kayu manis
5 buah pelaga
6 bunga lawang
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
Seekor ayam (sekurang-kurangnya 2 kilogra) dipotong 24 bahagian
550 mililiter santan
garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1) Dalam periuk besar yang diisi air, rebus nangka sehingga lembut. Biarkan ia sejuk dan ketepikan seketika.

2) Masukkan daun bawang, bawang merah dan bawang outih ke dalam pemproses makanan dan kisar.

3) Dalam periuk atas api perlahan, masukkan minyak masak dan tumiskan bahan tadi seketika. Tambah rempah gulai, serbuk kari dan serbuk kunyit sehingga wangi.

 4) Masukkan ayam dan goreng sehingga ia separuh masak. Tambahkan santan dan garam secukup rasa. Apabila ayam masak sepenuhnya, tambahkan nangka dan renehkan bersama atas api perlahan selama lima minit. Hidangkan bersama nasi panas.

gulai nangka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain