RESEPI ringkas ini pastinya menjadi pilihan ramai kerana ia bukan sahaja enak malah boleh disediakan dalam tempoh singkat sahaja. Ikuti cara penyediaan sambal ikan bilis dan petai untuk juadah berbuka anda. (Hidangan untuk 10 hingga 12 orang) 400 gram ikan bilis yang sudah dibersihkan 300 gram petai 1 kilogram cili kering dipotong halus 220 gram bawang besar dipotong nipis 180 gram bawang merah dipotong nipis 160 gram bawang putih dipotong nipis 300 gram cili boh 100 gram belacan 200 gram air asam jawa 400 mililiter santan garam Cara penyediaan 1) Goreng ikan bilis sehingga rangup dan ketepikan dahulu. 2) Dalam periuk besar yang dipenuhi dengan air, masukkan cili kering dan masak sehingga mendidih. Pindahkan cili ke dalam pemproses makanan dan kisar sehingga halus dan menjadi pes cili. 3) Dalam periuk dalam, tumis bawang, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan kisaran pes dan cili boh ke dalam adunan. Kacau secara berterusan sehingga pecah minyak (lapisan minyak timbul). Kemudian, tambahkan belacan, jus asam dan garam secukup rasa. 4) Setelah campuran bertukar warna menjadi gelap, tambahkan ikan bilis goreng dan petai. Masak selama 2 minit. Hidangkan panas dengan nasi.