(Hidangan untuk 5 orang)
180 gram kuah masak lemak Brahim's
8 keping kek ikan
15 gram mee soo hoon
40 gram kacang Perancis, potong 3cm
50 gram kubis bunga
Tauhu goreng 50 gram
Cara penyediaan
1) Rendam soo hoon dalam air sehingga lembut.
2) Panaskan kuah masak lemak Brahim's dalam periuk dan tambah semua bahan kecuali soo hoon dan tauhu.
3) Apabila sayuran sudah masak, tambahkan soo hoon dan tauhu. Hiaskan mengikut kesukaan anda dan boleh dihidangkan.