LAMB Saagwala adalah hidangan yang lazat dan sarat dengan nutrisi. Hidangan kari ringan ini biasa ditemui di India. Jika mahukan kelainan untuk menu berbuka puasa, cubalah resipi hasil air tangan Chef Abu dari Pullman Hotels & Resorts.
Bahan-bahan:
Bahu kambing - 500 gram
Minyak ghee - Satu sudu
Pes halia dan bawang putih - Tiga sudu
Potongan tomato - 200 gram
Serbuk jintan - Satu sudu
Serbuk ketumbar - Satu sudu
Serbuk garam masala - Satu sudu
Bayam - 250 gram
Cili merah dan cili hijau - 50 gram
Daun ketumbar - 50 gram
Yoghurt kosong - Dua sudu
Air limau - 20 ml
Garam - 10 gram
Cara penyediaan:
- Sediakan bayam dahulu.
- Masukkan semua bayam, cili, ketumbar dan air limau dalam pemproses makanan dan kisar sehingga menjadi pes yang halus. Dalam proses ini, anda mungkin perlu menambah sedikit air.
- Panaskan minyak ghee dengan api sederhana.
- Apabila minyak panas, masukkan potongan bawang dan goreng sehingga 15 minit sehingga lembut tetapi tidak begitu perang.
- Tambahkan pes halia dan bawang putih.
- Masukkan halba, serbuk ketumbar, serbuk garam masala dan cili merah. Gaul bersama.
- Buang bawang goreng dari kuali dan kisar sehingga lembut dengan tomato.
- Masukkan sos bawang berkenaan semula ke dalam kuali dan tambahkan kepingan daging kambing.
- Masak sekitar 40 minit sehingga daging kambing lembut. Sewaktu proses ini, anda boleh menambah air bagi mengelakkan sos menjadi kering.
- Akhir sekali, masukkan puri bayam yang disediakan tadi.
- Masak beberapa minit lagi.
- Periksa rasa, boleh tambah gula atau garam.
- Kacau dengan air limau dan akhirnya sedia untuk dihidangkan.
*Kredit: Pullman Hotels & Resorts