suria

Pelbagai menu tempatan taruhan Hotel Royal sepanjang Ramadan

HOTEL Royal Pulau Pinang turut tidak ketinggalan tampil dengan bufet istimewa sempena kedatangan Ramadan  tahun ini.

Dihidangkan di The Grove Brasserie sehingga 13 Jun ini, harganya begitu berpatutan.

Dengan harga serendah RM68 untuk dewasa dan RM38 (6 hingga 11 tahun), anda berpeluang menikmati 80 juadah yang menyelerakan.

Antara yang ditawarkan ialah ekor lembu masak merah, daging masak kerutuk dan sambal udang petai.

Turut menjadi tumpuan ialan ayam masak lemak cili api, kari ikan senangin, daging asam pedas, kambing kurma dan undang masak lemak belimbing buluh.

Anda juga patut mencuba kambing panggang yang diperap dengan herba Mediterranean.

Selain itu, ada juga nasi briyani, nasi kabsah kambing dan nasi maqlubah untuk mereka yang suka hidangan timur tengah.

Taufu berinti, kerabu, jeruk, keropok, roti john, sup ayam berempah, soto dan mee jawa juga menjadi tumpuan orang ramai menerusi buffet ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut menawarkan ikan dan ayam bakar, laksa Melayu, sup kambing, ais kacang, bubur kacang hijau dan banyak lagi.

Bagi mereka yang berminat boleh hubungi talian 04-2267888 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.

Hotel Royal, Ramadan

Artikel Sebelum

Lamb Saagwala

Artikel Berikut

Artikel Lain