SUDAH jemu dengan udang masak lemak atau goreng butter, apa kata cuba sedikit kelainan pada menu berbuka puasa anda kali ini. Resipi udang masak sos madu gula batu bukan sahaja mudah disediakan tetapi rasanya yang lazat sesuai untuk dinikmati seisi keluarga. Bahan-bahan: Udang air tawar - Lima ekor Minyak - Dua sudu Potongan halia - 20 gram Potongan cili merah - 20 gram Daun bawang yang dipotong lima cm - 20 gram Sos madu gula batu - 100 ml Sos tiram - 50 gram Cara penyediaan: - Panaskan kuali sehingga berasap. Masukkan minyak masak dan udang. - Tambah sedikit minyak, halia, dan cili merah dan tumis sehingga perang. - Masukkan sos madu gula batu dan sos tiram. Pastikan api sederhana dan tambah semula udang tadi dan daun bawang. - Sedia untuk dihidang. *Kredit: Pullman Hotels & Resort