ROTI John merupakan juadah ringan yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama pada bulan Ramadan. Kebiasaannya kita lebih gemar membeli juadah ini di bazar Ramadan tetapi rasanya kadang kala tak seperti diharapkan.
Jadi apa kata cuba resipi hasil air tangan chef di Hotel VE. Sudah tentu ia akan menepati selera anda seisi keluarga.
Bahan-bahan:
4 batang roti lembut panjang
120 gram daging ayam yang dicincang
60 gram pes bawang merah
30 gram pes halia
30 gram pes bawang putih
10 gram kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang
40 gram tepung kari daging
20 gram sos cili
15 gram mayones
15 gram sos lada hitam
20 gram timun batang
20 gram bawang merah kering
20 gram kubis bulat
5 biji telur
Cara penyediaan:
1) Inti
- Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang sehingga wangi.
- Masukkan serbuk kari dan daging ayam cincang. Gaul sebati.
- Pukul telur dan gaul bersama tumisan ayam dan serbuk kari.
2)Potong roti kepada dua bahagian dan letakkan ketepi dahulu.
3)Sapukan campuran ayam dan telur di dalam kuali panas diikuti roti.
4)Terbalikkan roti sehingga ia kelihatan berwarna keperang-perangan.
5)Akhir sekali, masukkan semua inti sayur di atasnya, letakkan sos cili, mayonis dan sos lada hitam.
6)Lipatkan roti dan potong dalam saiz kecil.