suria

The View Cafe tampil juadah kegemaran anak tempatan

CUBA anda bayangkan, petai hijau dan daun pegaga segar yang kelihatan seolah-olah baru dipetik dari kebun, di sebelahnya pula, ada tempoyak, cincalok, ikan masin dan cili padi.

Begitulah gambaran bufet Ramadan di The View Cafe di Best Western i-City Shah Alam yang tampil dengan sajian kegemaran rakyat Malaysia.

Bagi membasahkan tekak setelah seharian berpuasa, anda boleh menikmati jus kelapa yang disediakan di Coconut Bar.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyediakan sendiri ais kacang dengan variasi 30 topping yang disediakan di situ.

Salah satu hidangan sayuran yang patut dicuba adalah ubi keladi yang digoreng dengan cili, kunyit dan udang kering yang dibakar.

Anda juga disarankan mencuba laksa Sarawak yang ditawarkan di situ.

Hidangan popular seperti nasi briyani dengan daging kambing dan rendang daging juga menjadi tumpuan ramai.

Sambal bilis dengan kacang tanah dan kentang juga wajib dicuba jika anda datang berbuka di The View Cafe.

Setelah menikmati sajian utama, mereka turut menyediakan keropok lekor, pisang goreng dan cucur udang sebagai hidangan ringan untuk anda.

Buffet di sini berharga RM109 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-552190000.


Best Western, The View Cafe

Artikel Lain