MASIH tercari-cari sajian pencuci mulut untuk berbuka puasa. Apa kata cubalah resipi puding cheese mangga. Bila dah cuba pasti nak lagi!
Bahan-bahan:
20 gm agar agar tali (cuci terlebih dahulu)
5 cawan air
1 cawan gula
2 biji mangga
1 keping slice cheddar cheese
12 keping biskut cracker (hancurkan). Boleh juga guna biskut marie.
2 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
Secubit garam
Sedikit pewarna oren
Cara penyediaan:
- Hancurkan biskut cracker. Letak dalam loyang 8 inci dan ketepikan.
- Masak agar-agar dengan air hingga larut. Kemudian masukkan gula, kacau rata dan perlahankan api.
- Ambil 1 1/4 cawan adunan agar-agar, tuang dalam loyang biskut tadi. Kacau biar biskut dan agar-agar sebati. Tekan-tekan bagi sama dan biarkan sederhana beku.
- Lebihan adunan agar-agar tadi, masukkan susu segar, cheese, tepung kastard dan secubit garam. Kacau sebati dan perlahankan api.
- Ambil dalam 3 3/4 cawan adunan agar-agar, tuang perlahan-lahan di atas biskut tadi dan biarkan sederhana beku.
- 1 biji mangga di potong kemudian kisar dengan lebihan agar-agar dalam periuk hingga hancur.
- Tuang semula dalam periuk dan tuang sedikit pewarna oren. Masak sebentar, kemudian tuang atas agar-agar tadi perlahan-lahan. Tinggalkan sedikit agar-agar lebih kurang 1/2 cawan lebih sikit. Biarkan sederhana beku.
- 1 biji mangga lagi potong dadu kecil-kecil, tabur atas agar-agar tadi perlahan-lahan. Kemudian lebihan agar-agar tu tuang atas mangga. Biarkan beku sepenuhnya dan simpan dalan peti sejuk 3 jam.
- Boleh keluarkan puding dari loyang (terbalikkan perlahan-lahan)
*Kredit: Zura Zul MAHN