AYAM goreng berempah antara sajian kegemaran rakyat di negara ini. Sajian ini amat mudah untuk disedia selain rasanya yang rangup. Sesuai dimasak untuk ibu dan wanita yang bekerja, hanya perlu keluarkan dari peti ais dan goreng.
Bahan-bahan:
Serai
Halia
Bawang putih
Tepung jagung
Tepung beras
Rempah kari daging adabi
Telur
Garam
Cara penyediaan:
- Kisar serai, halia dan bawang putih.
- Kemudian bancuh tepung jagung, tepung beras, rempah kari daging Adabi, telur dan garam sehingga pekat. Kalau ada tepung kentucky masukkan sedikit. Tapi kena kurangkan garam sebab tepung kentucky dah masin.
- Masukkan kisar dalam bancuhan ini. Masukkan ayam dan gaul rata.
- Kemudian perap. Lagi lama perap lagi elok. Masuk peti ais. Goreng dalam minyak yang banyak.
Kredit : Norsiah Zakaria