INGINKAN sajian pencuci mulut yang sedap dan cair di mulut, apa kata cuba Tat Cadbury. Apa yang penting sajiannya agak ringkas dan mudah untuk disediakan.
Bahan-bahan:
1 cawan buttercup @ marjerin
Sedikit perwarna ungu @ kuning
3 sudu besar susu pekat
Sedikit esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 susu besar tepung kastard
2 cawan tepung gandum
Cara penyediaan:
- Gaul sebati buttercup, pewarna, susu pekat dan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung jagung & kastad. Gaul sebati.
- Seterusnya masukkan tepung gandum, uli sampai doh lembut dan tak melekat di jari.
- Bakar pada suhu 160° ikut oven masing-masing selama 30 minit.
* Kredit: Suhaida Zainudi MAHN