suria

Pretty Please Oleh Hakita Inawzi Vendor Butik Pilihan Remaja

PRETTY PLEASE oleh Hakita Inawzi kini merupakan satu nama yang semakin popular dikalangan gadis yang meminati barangan terpilih dari 'vendor butik'.

Malah penulis sendiri pun baru saja tahu tentang perniagaan berasaskan vendor butik ini yang menjadi kegilaan anak muda.

Pretty Please oleh Hakita Inawzi merupakan milik Nur Atikah Izwani Abdul Rahim (gambar) seorang ibu muda berusia 24 tahun yang baru menjejak kaki dalam bidang perniagaan.

Sebelum penulis menerangkan lebih lanjut, ingin dikongsikan dahulu kaedah peniagaan vendor butik yang diusahakan Nur Atikah Izwani di Bandar Parit Buntar.

Sebelum Nur Atikah Izwani memulakan perniagaan ini, dia terlebih dahulu mencari peniaga yang ingin memasarkan barangan mereka tanpa perlu menunggu di premis serta mengajikan pekerja, sebaliknya hanya menggunakan kaedah iklan di laman sosial atau melalui kenalan.

Kemudian peniaga ini yang dipanggil vendor akan datang melihat premis perniagaan tersebut dan setelah berpuas hati dengan lokasi, sudut barangan serta suasana, barulah dibincangkan secara serius mengenai sudut yang dipilih dan juga sewa bulanan yang dikenakan.

"Selalunya vendor yang datang pasti akan bersetuju untuk menyewa sudut bagi meletakkan barangan keluaran mereka ataupun barangan jualan kerana lokasinya. Selain sewa yang dikenakan juga murah,  malah mereka tidak perlu berada disini," ujar penuh sopan.

Setakat hari ini lebih 30 vendor telah mempamerkan barangan mereka di Pretty Please milik Nur Atikah Izwani dan vendor hanya menanti panggilan telefon daripada pemilik Hakita Inawzi berhubung jualan mereka.

Vendor butik yang berkonsepkan 'Vintage & Rustic' ini sering menjadi tumpuan pelanggan daripada pelbagai peringkat usia termasuk pasangan bakal 'raja sehari', remaja dan pasangan yang telah berumahtangga serta yang baru menimang cahaya mata.

Selain pakaian kanak kanak, jubah, blaus, skirt palazzo dan cardigan, butik ini juga menyediakan selendang, tudung, beg tangan wanita, pakaian bayi, dan makanan seperti kek, makanan kering selain air berkarbonat.

Apa yang menarik perhatian penulis ketika berada di butik itu ialah suasananya yang tenang serta tidak membosankan kerana vendor butik ini menyediakan pelbagai kelengkapan serta setiap sudut dipenuhi barangan jualan dengan susunan menarik.

Hakita Inawzi juga menyediakan perkhidmatan dan kelengkapan untuk pengantin termasuk persolekan dan pakaian untuk disewa kepada pasangan mengikut kehendak mereka.

Bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata, vendor butik turut menyediakan perkhidmatan aqiqah, majlis tahnik dan majlis berendoi bayi.

Tidak hairanlah jika butik itu menjadi tumpuan semua golongan kerana selain pakaian, makanan, cafe santai untuk perbincangan butik pengantin, persolekan dan aksesori wanita ianya turut menyediakan perkhidmatan bagi ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.

Terus terang ingin penulis kongsikan bahawa inilah kali pertama menjejak kai ke vendor butik -  satu premis yang lengkap dan padat seperti sebuah kompleks membeli belah.

Sebelum ini penulis hanya terfikirkan bahawa vendor butik hanya premis untuk membeli pakaian yang tidak terdapat di pasa raya atau kedai-kedai pakaian lain kerana jenama di sini terdiri daripada keluaran individu.

Pada pembaca yang minat dalam perniagaan, penulis cadangkan supaya menceburi sektor vendor butik kerana ia memberikan pulangan berbaloi dan mudah menarik perhatian pelanggan.

"Sebenarnya menjadi pengusaha vendor butik ini kita harus rajin serta tahu tentang barangan yang berada di setiap ruangan dan yang paling penting setiap hari kena buat iventori ataupun pengiraan stok.

"Pengiraan stok itu penting kerana apabila terdapat kekurangan barangan vendor maka pengusaha harus membayarnya kerana ianya dianggap sebagai telah dijual. Inilah risiko apabila menjadi pengusaha vendor butik," ujar Nur Atikah Izwani memberikan petua untuk menjadi pengusaha butik itu.

Jenama dan butik Hakita Inawzi diambil daripada nama Atikah Izwani yang diterbalikkan kerana terdapat remaja yang gemar mengeja nama mereka secara terbalik.

Kini Hakita Inawzi mempunyai pakaian keluaran sendiri dengan penggunaan fabrik yang berkualiti serta rekaan fesyen atas ilhamnya, pakaian dengan jenama Hakita Inawzi telah mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan di butik itu.

Bagi pembaca yang tinggal berdekatan dengan Bandar Parit Buntar, anda boleh berkunjung premis nombor 30A, Jalan Bestari, Pusat Bandar Fasa 2, 34200 Parit Buntar.

Bagi pembaca yang ingin tahu lebih lanjut mengenai vendor butik , anda boleh menghubungi Nur Atikah Izwani ditalian 0174593979.



Vendor Butik, Hakita Inawzi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain