BERBEKALKAN modal RM20,000, tiga sekawan memulakan perniagaan unik yang mengundang risiko iaitu dengan membuka kedai kopi yang menyediakan kopi 'Cowboy' Tanpa perlu menyewa rumah kedai yang lebih mahal mereka memilih tepi jalan untuk menyediakan kopi tersebut kepada pelanggan di Jalan Mergong, Alor Setar. Anak muda berusia 23 hingga 27 tahun itu yakin petikan hadis bahawa sembilan daripada 10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan nakal membakar semangat mereka untuk berjaya.